Saturday 1 October 2011

TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). 

Stress seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.




Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.




2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.



3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stress yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stress.




4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stress yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.



 # Diharap para pembaca sekelian dapat mendapat manfaat serba sedikit 
   info yang dikongsi ini.

2 comments:

  1. good info la cikgu...saya pun tgh stress ni nk siapkan blog..huhu..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih la sebab sudi singgah n baca blog ini...sama-sama la kita ye memeningkan kepala dengan blog ni k.

    ReplyDelete