Thursday 29 September 2011

Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi pengalaman pertama saya sejak menjejakkan kaki ke sekolah, ialah dah lama juga saya meninggalkan bidang masak-memasak ni....maklumlah dulu waktu mengajar di Politeknik, hampir setiap hari saya ke 'dapur'.  

Saya telah ditugaskan melatih dan mengajar pelajar yang baru berusia 13 tahun, yang saya yakin memang tak pernah pegang sudip apatah lagi nak disuruh memasak.  Tugasan yang diberi memang mencabar, dengan masa yang agak terhad, nak melatih pelajar memasak cara profesional ala pertandingan memang mencemaskan...tapi saya mencuba sedaya upaya...mencipta resepi mengikut kehendak pertandingan iaitu Tema Masakan Perkahwinan.

3 orang pelajar dari tingkatan 1 telah dipilih, dan sememangnya peluang yang diberi oleh pihak PPD dan sekolah tidak akan disia-siakan. PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN, kami tiba di Kuala Kubu Baru iaitu lokasi pertandingan  dijalankan seperti yang dijanjikan....entah di mana silapnya, rupa2nya tarikh telah dipinda pada hari keesokkan harinya tanpa pihak kami menerima sebarang notis.  Akhirnya kami pulang dengan perasaan yang hampa.  Walaubagaimana pun, demi mengenangkan anak-anak murid yang telah bertungkus lumus bersungguh-sungguh berlatih, kami datang semula pada keesokkan harinya...just try our best! 

Walaupun sekolah kami tidak menang, sekadar berada di tempat ke 5 tapi saya tetap berbangga dengan pencapaian ini kerana dengan penglibatan pertama kali, berbanding sekolah-sekolah yang lain & peserta yang paling muda, kami percaya jika diberi kesempatan dan peluang lagi seperti ini, kami pasti akan cuba lakukan lebih baik lagi. Paling penting pengalaman ini kepada para pelajar bagi memupuk minat dalam dunia masakan.  Saya sempat merakamkan gambar sekitar pertandingan.  Jom pakat tengok!!!! 





Saya dan Chef Muluk


Hahaha....sempat lagi tu mintak autograf,request dari my wife



Saat paling seronok.... 'we love cooking'

Chef Muluk ~ sedang menilai masakan spontan yang dimasak oleh para pelajar mengikut barang(undi) yang dibekalkan sahaja. Sekolah kami kena masak udang.

Hasil presentation dari kami

Saat menerima hadiah dari pihak penaja

2 comments:

  1. ha tu la pasal, memamg x sangka pun Chef Muluk tu datang....baik orangnya.

    ReplyDelete