Sunday 2 October 2011

~PMR~

Exam Fever

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR Tahun 2011 kepada semua pelajar yang mengambil peperiksaan PMR di Sek. Men. Keb. Dato' Harun, Tanjung Karang . Good Luck n try your best. Ingatlah PESAN CIKGU:


tetapi

Jika kalian semua lupa juga....tolong lah ingat satu perkara ini iaitu BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T:


 
# Insyaallah, doa guru-guru juga akan mengiringi kalian (murid-murid).

Saturday 1 October 2011

Kesabaran Seorang Guru Disiplin

Salam Sejahtera wat para pembaca sekelian...hari ini saya nak kongsi 1 video yang sangat sesuai dengan profession seorang guru.  Kesabaran seorang guru sering kali diuji dengan kerenah dan kenakalan para pelajar yang sebegini. "Ya Allah kau tabahkanlah aku dan rakan-rakan seperjuanganku dalam menghadapi kerenah semua anak-anak muridku".  Amin .


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stress adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). 

Stress seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.




Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.




2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.



3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stress yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stress.




4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stress yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.



 # Diharap para pembaca sekelian dapat mendapat manfaat serba sedikit 
   info yang dikongsi ini.

Permata Untuk Isteri Versi Kartun

As Salam,

Buat para pembaca sekelian, diharap dapatlah kita menghayati mesej yang terkandung di dalam lagu dan video ini.... walaupun hanya kartun tetapi ianya mempunyai maksud yang tersirat...mari kita renung sejauh manakah kita menyedari pengorbanan seorang isteri terhadap kita.


Friday 30 September 2011

KP Bekas PM Malaysia

Hari ini saya nak share 1 gambar yang rasanya ramai dikalangan kita yang tidak  pernah  melihatnya iaitu kad pengenalan mantan Perdana Menteri Malaysia. Boleh kita kongsi info ini bersama-sama.



















# Sumber diperolehi daripada Arijal & diucapkan terima kasih.

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]

Thursday 29 September 2011

Papan Tanda


HAHAHAHA....hari ni saya nak berkongsi dengan rakan-rakan blogger pasal papan tanda.  Gambar ini saya ambil dari fb Ustaz Zamri .  Bagus juga jika di sekolah kita ada papan tanda begini...saling ingat-mengingati, ialah kadang-kala manusia ni mudah lupa...termasuklah saya...hehehehehe
Agak-agaknya kita semua ni yang mana satu ye....cuba renung, fikir dan pilih okey....mudah-mudahan saya dan rakan-rakan yang membaca blog ini termasuk di dalam golongan yang pertama...AMIN.

Pertandingan Memasak 2011 Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor

Alhamdulillah, hari ini saya nak berkongsi pengalaman pertama saya sejak menjejakkan kaki ke sekolah, ialah dah lama juga saya meninggalkan bidang masak-memasak ni....maklumlah dulu waktu mengajar di Politeknik, hampir setiap hari saya ke 'dapur'.  

Saya telah ditugaskan melatih dan mengajar pelajar yang baru berusia 13 tahun, yang saya yakin memang tak pernah pegang sudip apatah lagi nak disuruh memasak.  Tugasan yang diberi memang mencabar, dengan masa yang agak terhad, nak melatih pelajar memasak cara profesional ala pertandingan memang mencemaskan...tapi saya mencuba sedaya upaya...mencipta resepi mengikut kehendak pertandingan iaitu Tema Masakan Perkahwinan.

3 orang pelajar dari tingkatan 1 telah dipilih, dan sememangnya peluang yang diberi oleh pihak PPD dan sekolah tidak akan disia-siakan. PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN, kami tiba di Kuala Kubu Baru iaitu lokasi pertandingan  dijalankan seperti yang dijanjikan....entah di mana silapnya, rupa2nya tarikh telah dipinda pada hari keesokkan harinya tanpa pihak kami menerima sebarang notis.  Akhirnya kami pulang dengan perasaan yang hampa.  Walaubagaimana pun, demi mengenangkan anak-anak murid yang telah bertungkus lumus bersungguh-sungguh berlatih, kami datang semula pada keesokkan harinya...just try our best! 

Walaupun sekolah kami tidak menang, sekadar berada di tempat ke 5 tapi saya tetap berbangga dengan pencapaian ini kerana dengan penglibatan pertama kali, berbanding sekolah-sekolah yang lain & peserta yang paling muda, kami percaya jika diberi kesempatan dan peluang lagi seperti ini, kami pasti akan cuba lakukan lebih baik lagi. Paling penting pengalaman ini kepada para pelajar bagi memupuk minat dalam dunia masakan.  Saya sempat merakamkan gambar sekitar pertandingan.  Jom pakat tengok!!!! 





Saya dan Chef Muluk


Hahaha....sempat lagi tu mintak autograf,request dari my wife



Saat paling seronok.... 'we love cooking'

Chef Muluk ~ sedang menilai masakan spontan yang dimasak oleh para pelajar mengikut barang(undi) yang dibekalkan sahaja. Sekolah kami kena masak udang.

Hasil presentation dari kami

Saat menerima hadiah dari pihak penaja